Pengalaman asasi di UIA Kuantan

     Assalamualaikum korang..  dah lama dah tak menulis ni rasa kekok pulak. Seperti yang tertulis kat tajuk di atas aku nak cerita pasal pengalaman aku sebagai student asasi dekat UIA Kuantan. Kalau korang nak tahu, aku ni asalnya asasi dekat PJ tapi disebabkan dorang dh tutup so half student pergi belajar dekat UIA Gambang another half pergi belajar dkt UIA Kuantan (Mostly yg duduk kat kuantan ialah student Human Science, IRK, Law dengan Architecture. Tu je yang aku perasan). Untuk pengetahuan semua, UIA Kuantan ni adalah untuk degree student yg ambik Science stream (Medic, Farmacy and etc) kalau kat Gombak tu untuk degree student yg ambik Art stream. Haa faham kan?

     First time aku masuk sini aku macam terpegun giler sebab for me tempat ni besar and cantik sangat (iyelah, kat PJ kecik je). Masjid dia pon megah semacam and bangunan dia pon semua macam baru dibina, so first impression aku dekat UIA Kuantan aku bagi 8/10. Dah daftar apa semua, terus pergi mahallah. Aku dapat mahallah Talhah. FYI, Mahallah Talhah ni dah berapa tahun ditinggalkan sebab degree student (yang perempuan) dah pindah Mahallah Fatimah atau pon Mahallah Umi Khalthum.Yang lelaki pulak duduk dekat Mahallah Khalid Al-Walid.

                                          *ambik dekat google sbb lupa nk snap gambar
   
     Dari luar Mahallah Talhah tu macam resort yang korang tengok dalam cerita hantu. Serius creepy and gloomy sebab dikelilingi hutan. Mahallah Talhah ni ada 7 block and aku dpt block yang ketiga (T3) and antara yang paling kebelakang jugak lah. Tapi!!! bila masuk bilik dia aku macam 'hmm... not bad' sebab dia ada 4 compartment and luas jugak lah berbanding dekat PJ yang biliknya sempit aduhai😑 Sebelah Mahallah Talhah ialah Mahallah Maimunah (view dia lawa giler sbb berhadapan dengan tasik pastu bersebelahan dengan masjid). Mahallah Talhah dia best sebab dekat belakang ada sungai and ada mini air terjun pastu makanan dekat cafe dia semua sedap cuma satu kedai tu harga dia jual agak mahal bagi aku. Even yang duduk dekat Maimunah kalau nak makan kena pergi cafe Talhah sebab cafe diorang tutup.

    Disebabkan kiteorang hanya menumpang je kat UIA Kuantan ni jadi kelas semua berselerakan tapi mostly kelas aku dekat kuliyyah of science (KOS) dengan One Stop Student Centre (OSC). Kalau jalan kaki ambil masa 20 minit jugak lah tapi kalau malas jalan korang boleh naik bas tak pon panggil grab. Alhamdulillah kelas aku besar, ada aircond pastu WIFI laju (yasssss). Nak belajar pon seronok. Good thing about UIA ni dorang ada banyak program yang korang boleh join untuk kumpul starpoint. Masa sem 1 dan 2 dekat PJ aku macam malas giler nak join tapi bila dah last sem ni punyalah banyak aku join. Even jauh pon aku sanggup pergi.

*Sumber dari google

   
            
                                                *ni je gambar yang paling ok aku jumpa
   
     Overall, walaupun aku duduk dekat UIA Kuantan beberapa bulan je sebab ni last semester tapi banyak kenangan pahit manis yang aku dapat kat sini. Banyak lagi aku nak share pasal UIA Kuantan sebenarnya tapi maybe dalam post yang lain kot.

P/S: UIA Kuantan ni macam ghost town sebab jarang sangat nampak kelibat manusia kecuali waktu kelas sebab jarak antara mahallah dengan kelas jauh so student selalu lepak bilik.

                                                                                                                                                            -A-


Comments

Popular posts from this blog

My life in CFS IIUM PJ

Best ke Kelas Account?